Monday, September 28, 2009

eid.

salam semua.

selamat hari raya. untuk entri sebelum ni gua ada pos kan tentang soalan-soalan. lu orang jawab tadak yang betul. tadak kompromi. gua takmo kasik hadiah.

ok lah. gua takmo cakap banyak. gua nak tidur. bye.

Thursday, September 3, 2009

mystérieux cadeaux.


gua nak bagi kuiz kat lu orang boleh? kalau ada yang jawab betul gua bagi hadiah.

soalan-soalan yang gua bagi ni biasa-biasa je. lu orang google mungkin boleh jawab. memandangkan gua boleh tahan kaya jugak bulan ni, sebab tu perasaan konon pemurah gua ni membuak-buak.

ok kita terus kepada persoalan :-

1. siapakah yang mula-mula mencipta kereta?
- daimler/maybach?
- henry ford?
- karl benz?
- nicolas joseph cugnot?

2. siapakah frank lampard? apakah gelaran yang diberikan oleh penyokong kelab beliau?
- pemain stock city? frank the gladiator?
- pemain atletico madrid? frank the thunder?
- pemain chelsea? superfrank?
- pemain chelsea? lampard the invincible?

3. apakah perbezaan raja pada zaman pemerintahan khalifah dan raja pada sistem monarki?
- ni soalan subjektif. fikir. semua nak suap huh.

4. kenapa kurt cobain mati?
- drug overdose?
- courtney love bunuh sebab nak insuran?
- suicide/bunuh diri - tekanan hidup?
- konspirasi bunuh oleh kumpulan tertentu?

soalan terakhir,

5. permulaan note dalam susunan muzik. klu - do re mi fa so la ti do. do merujuk kepada note apa?
- soalan subjektif jugak. paling senang.
.
.
.
.
.

ok. sila emailkan jawapan anda kepada frankhafis [at] gmail [dot] com.

contoh :-

nama : mamat b khalid.
alamat : bangunan pentadbiran putrajaya, wilayah persekutuan, malaysia.
no telefon : tak payah.

hadiah misteri adalah pada yang betul dan tiada istilah markah kesian.

penyertaan akan tutup apabila entri baru gua sampai. hadiah akan di pos pada bulan ini juga. kiranya sebelum raya tu dah sampai. boleh lah nak peluk-peluk hadiah masa beraya nanti.

ok bye.

Monday, August 24, 2009

ne mangez pas.


hai semua.

selamat berpuasa gua ucapkan. semoga bulan puasa kali ini ada perempuan yang boleh cipta rekod puasa penuh hek hek.

maaflah lama gua tak update blog ni. dah bersawang tahap yang ada labah-labah pun ada. gua sibuk. bukan sibuk sikit-sikit. 2 ke 3 kilo jugak sibuknya. lu orang sihat? ada macam adibah noor punya sihat? gua tanya serius ni.

ok ok tak buat dah. hari ni masuk hari ke 3 puasa. yang puasa penuh tu tahniah lah. gua bagi sokongan baik punya. ada jugak tadi yang beli air tebu gua siap ais punya dahtu straw kasik cucuk terus. gua tak tau pulak port dia belah mana. kang kalau gua tanya lebih mesti dia jawab.

ada aku kisah? cak cak cak.

macam haram.

Wednesday, August 12, 2009

a deux balles.

fuh. gua memang agak letih dalam 2 3 minggu ni. dah lah date dengan sienna miller gua terpaksa cancel-kan. lu orang kalau nak pujuk dia pergi ah. gua takda masa mau jiwang-jiwang. merajuk macam bayi. motorsikal pun tak reti merajuk macam tu.

entri kali ni gua nak tanya apa pendapat lu orang tentang teksi-teksi yang orang melayu, india dan cina bawak tu. ada bagus tak? 1 malaysia dah ada nampak sikit en? tapi bab gaya pemanduan tu. lu orang rasa diorang ni belajar memandu dulu dekat mana? kalau sama dengan tempat lu. gua dah boleh karate keyboard ni.

dah 2 kali gua kasi jurus jelingan tajam kat pemandu teksi ni. sampai stage ke 3 gua rasa macam nak standby batu asah pisau je. nasib baik balik rumah norish karman dah tunggu dekat pintu mau kasi pujuk.

bye.

Tuesday, August 4, 2009

Aeaeae.


gua dah dapat tune baru. lagi baik punya dari anak dato' tu. tapi kali ni bukan awek gua yang bergetah lah nyanyi. ini band dari denmark. influence mungkin dari anak didik gua iaitu 7-collar tshirt.

memperkenalkan, mew.

gua nak ulas banyak-banyak pun tak guna sebab bukan awek gua. jadi gua letak sini mana tau lu orang nak mengaku balak lu orang ka. gua tak kisah.



hah. amacam? kenyang?

Friday, July 31, 2009

Ignotum Per Ignotius.


disebabkan gua smart dan tiada aktiviti berdua-duaan di taman klcc hujung minggu ini. maka dengan rasminya hujung minggu gua telah di book oleh manusia-manusia berhati sukan diluar sana. lu orang kalau nak panggil gua teman makan nasik goreng pattaya pun kena tunggu minggu depan ah.

gua boleh perasan kehampaan lu orang. di minta bersabar. gua ada satu tubuh badan sahaja. bukan macam robot terminator tu. muka arnold je dah lima ke sepuluh batang.

ok lah. jaga diri semua. gua nak berlatih skill yang ada sebarang dua.

bye.

Tuesday, July 28, 2009

Fabulist.


gua nak tahu jugak apa itu cool, rare dan smart. eh tapi yang smart tu gua selalu bikin juga. lagi-lagi bila gua pakai kemeja ada tali leher dan berseluar slack sambil memuatkan kasut casual. bukan supra ok. gua tak mampu.

gua nak tafsir sendiri ah. kalau lu orang tak setuju gua pedulik apa. asalkan diana danielle setuju sudah cukup untuk membahagiakan gua. gua nak mula dengan cool.

bagi gua lah en. cool itu hasil yang ada soul. contoh macam kalau lu orang perasan kan, orang tangkap gambar guna tangan sendiri dengan orang yang tak perasan kena candid. dalam dua situasi ini, gua akan cakap orang yang kena candid itu cool. tak kisah ah kena candid semasa makan tempoyak ke. semasa baca buku matematik tingkatan 3 ke. itu cool.

rare pulak adalah orang yang duduk dekat marikh. macam gua ah. asal gua dekat marikh lahir pada 19xx di buwekynatiroad, 7x18x ahekahekkenatipu, marikh.

satu lagi situasi rare yang gua perasan bila semua orang berkejar ke pc fair di pusat konvensyen kuala lumpur dengan awek baru couple malam tadi. takpun dengan kawan-kawan. tapi mamat rare ni biasa pergi sorang-sorang je bai. siap boleh senyum lagi tuh bila nampak kedai jual air mahal. tak macam mamat-mamat tak rare. senyum pun susah. semua muka macam mintak tohmahan gua. terus gua hilang mood serta merta berlalu meninggalkan pesta dan ke mapley minum sirap.

gua smart - sebab dah tengok cerita get smart.
gua rare - sebab asal gua dekat marikh.
gua cool - apabila minum sirap.

lu orang ada ciri-ciri macam gua?